Monday, 28 October 2013

Bahagian C - Sains dan Teknologi - Ekologi Alam.

1.Penipisan lapisan ozon di kawasan Antartika telah membimbangkan penduduk dunia.Penipisan lapisan ozon juga memberi impak negatif kepada segala hidupan di muka bumi.
Jelaskan penyataan ini.

2.Perubahan cuaca dunia yang melampau boleh menjejaskan kehidupan manusia dan keseimbangan alam sekitar.
Bincangkan.

3.Lautan merupakan khazanah yang tidak ternilai kepada manusia dan ancamannya merugikan manusia sendiri.
Jelaskan.

4.Fenomena pemanasan global kesannya dirasai oleh semua negara termasuk Malaysia dan usaha usaha di peringkat antarabangsa perlu dilakukan untuk menangani fenomena ini.
Huraikan.

5.Manusia dan alam sekitar mempunyai rangkaian yang berkaitan bagi menjamin kelansungan hidup yang sejahtera.Malangnya,akibat kerakusan manusia mengejar pembangunan telah menyebabkan kelestarian alam sekitar gagal dipertahan.
Bincangkan.

6.Sumber air bawah tanah di Malaysia semakin terancam.Dlam situasi begini kepentingan menguruskan sumber air bawah tanah secara sistematik amat diperlukan.
Bincangkan penyataan ini.

7.Dunia kini telah mengalami pelbagai bencana alam yang menyebabkan pelbagai kemusnahan kepada manusia dan alam sekitar.
Bincangkan.

8.Pembangunan bidang biodiversiti di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah,namun kejayaannya terpaksa menghadapi laluan yang berliku.
Jelaskan.

Categories: ,

0 comments:

Post a Comment