Monday 21 October 2013





SMJK JIT SIN
1. Kegiatan lanun di tiga tempat yang perlu diberikan tumpuan ialah kawasan Teluk Aden, Selat Melaka, dan Laut China Selatan. Bincangkan punca kegiatan pelanunan sukar dibanteras dan langkah-langkah wajar yang diambil bagi membendungnya.
2. Walaupun wujud masalah di sebalik penyistiharan Undang-Undang Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), namun pelaksanaan undang-undang ini menyelesaikan banyak perkara yang berbangkit. Jelaskan penyataan ini.
3. Gerakan Keserdahanaan Global (GMM) dicetuskan oleh Malaysia merupakan pendekatan untuk mengubah cara menangani konflik peringkat global. Bincangkan rasional Malaysia mahu masyarakat antarabangsa mengaplikasikan pendekatan ini dan cabaran yang dihadapi oleh Malaysiaa dalam menggerakkan GMM.

IBM BUKIT MERTAJAM

1. Teknologi robot berkembang dengan pesatnya di negara maju seperti Jepun. Teknologi robot tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia kerana sememangnya penting dalam pelbagai bidang. Ulaskan penyataan ini

2. Tenaga nuklear sudah lama digunakan oleh negara-negara maju seperti Jepun dan Perancis. Bincangkan rasional penggunaan tenaga nuklear di Malaysia dan kesan-kesan negatif penggunaan tenaga nuklear

3. Malaysia memajukan bidang pertanian berasaskan teknologi kejuruteraan genetik untuk menghasilkan produk gmo agar mengurangkan pengimportan makanan dari negara asing. Huraikan kebaikan dan keburukan kemajuan ini


( PAHANG )

1.Serangan pengganas SULU di Lahad Datu Sabah boleh menimbulkan implikasi yang serius kepada negara dan perlu diatasi dengan segera. Bincangkan
2. Malaysia mempunyai peranan yang terdiri dalam Asean khursusnya kerjasama politik dan ekonomi. Bincangkan
3. Menghormati kedaulatan sesebuah negara merupakan salah satu faktor Malaysia dihormati oleh negara lain. Namun bergitu, terdapat faktor-faktor lain yang menjadikan Malaysia mendapat penghormatan sedemikian. Bincangkan

(KELANTAN)
1. Mengekalkan keamanan dunia merupakan matlamat utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai anggota PBB Malaysia telah menunjukkan komitmennya dengan menghantar tentera untuk misi pengaman di bawah panji PBB. Walau bagaimana pun terdapat juga usaha-usaha lain yang menunjukkan penglibatan Malaysia di bawah panji tersebut. Bincangkan.
2. Malaysia berpendapat Antartika dan sumber-sumbernya merupakan sebahagian daripada “Warisan Bersama Dunia”. Malaysia mempunyai rasional sendiri apabila menimbulkan isu tersebut di Perhimpunan Agung PBB pada bulan September 1982. Bincangkan.
3. Kepelbagaian bio mempunyai kepentingan kepada kehidupan kerana saling berintraksi antara manusia dan alam sekitar. Namun begitu kerakusan manusia telah mengancam kelestariannya. Bincangkan

(SMK TENGKU ARIS BENDAHARA KLUANG,JOHOR)
1. Kedatangan pendatang asing boleh meningkatkan ekonomi sesebuah negara, namun dalam masa yang sama mereka juga mendatangkan risiko kepada negara tersebut. Jelaskan.
2. Pergolakan politik boleh mendorong kepada tunjuk perasaan, rusuhan dan keganasan di sesebuah negara. Hal ini akan menjejaskan pembangunan negara tersebut dan mengancam keamanan dunia. Bincangkan kesan-kesan pergolakan politik terhadap ekonomi dan politik sesebuah negara dan dunia.
3. Senjata kimia dan senjata nuklear pernah digunakan dalam peperangan. Kini, penggunaan senjata biologi dan sejata kimia oleh pengganan sudah menjad ancaman global dan menjejaskan rakyat dan negara. Bincangkan risiko penggunaan senjata-senjata tersebut kepada manusia.

 (TERENGGANU)

1. Malaysia memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan kestabilan di rantau ini. Jelaskan pernyataan di atas.
2. Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) berjaya memesatkan hubungan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara. Namun begitu, usaha-usaha lain turut digerakkan khususnya di peringkat serantau bagi memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi. Jelaskan.
3. Malaysia berpotensi untuk muncul sebagai salah sebuah negara yang memainkan peranan besar dalam menyediakan peluang pendidikan kepada peringkat global. keupayaan yang dimiliki negara membantu mencapai matlamat tersebut. Jelaskan.


SMKSP
1)Banjir boleh didefinisikan sebagai badan air yang melimpah keluar dari tebing sungai,tasik,atau perparitan disebabkan oleh hujan lebat,air pasang dan halangan pada sistem perparitan.Banjir yang menimpa negara-negara di dunia telah meragut nyawa dan kerosakan harta benda yang banyak.Bincangkan punca dan cara untuk mengatasi masalah ini.

2)Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dipersetujui oleh pertubuhan ASEAN menjanjikan pelbagai kebaikan untuk kawasan ASEAN.Namun pelaksanaan perjanjian ekonomi juga mendatangkan pelbagai implikasi.Bincangkan

3)Menghantar tentera pengaman di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merupakan salah satu penglibatan kerajaan malaysia di samping usaha-usaha lain dalam meningkatkan hubungan luar di bawah panji tersebut.ulaskan


Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar, Kulim, Kedah
1. Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota ASEAN. Bagi mencapai hasrat penubuhannya, negara-negara anggota salingh bekerjasama dalam pelbagai aspek. Bincangkan bentuk kerjasama yang telah dijalankan.

2. Mengikut laporan WHO sejak 1990-an bekalan makanan berkhasiat dunia didapati semakin berkurangan. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah kepada penduduk sesebuah negara. Ulaskan.

3. Malaysia dijadikan destinasi dan transit bagi kes jenayah merentasi sempadan. Jenayah ini semakin menular ke beberapa buah negara dan gejala ini harus diberhentikan dengan segera. Huraikan penyataan ini.

Sumber dari Internet

Sila e-mail kertas percubaan anda ke ardenaiden@gmail.com

0 comments:

Post a Comment